Volcom Stone
Friday, July 25, 2008
Rumah
Apabila bermain teng teng, pemain yang berjaya mencapai buah di petak semi boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, petak tersebut akan dikira sebagai rumah. Rumah akan ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Pemain perlu memijak rumah mereka dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya. Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

Pemenang
Pemenangnya adalah pemain yang mempunyai banyak rumah.

Mati
Pemain dikira "mati" jika buah yang dilontar terkena garisan petak.Mereka juga dikira mati jika kaki mereka terpijak garisan petak atau buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya. Jika pemain menukar kaki sewaktu giliran,pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap, pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi, pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya atau pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan, mereka juga diannagap mati di dalalm permainan teng teng.


http://4mambang.blogspot.com/2007/12/teng-teng.html


Girly College.
7:55 AM



Thursday, July 24, 2008
Cara Bermain
Sebelum permainan teng-teng dimulakan, undian akan dijalankan untuk menentukan pemain yang mana yang akan memulakan permainan itu dahulu.
Untuk memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu terkeluar dari petak ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain akan mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa melompat ke petak kedua.Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan tamat.
Pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan.

http://malaysiana.pnm.my/03/0313teng_teng.htm


Girly College.
5:53 AM



Wednesday, July 23, 2008
TENG TENG
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.

:Gelangang Teng Teng

GUNDU
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama.
Gundu ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan atau batu yang leper.
Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.


Girly College.
3:48 AM



Tuesday, July 22, 2008
Kawan-kawan tentu ghairah untuk mengetahui tentang Gasing kuno bukan?
Inilah informasi yang telah kami dapati...

Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor.
Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang.Ia diperbuat daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuknya amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_kuno
http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/gasing-kuno.html


Girly College.
4:19 AM



Saturday, July 19, 2008
Sejak dahulu lagi,gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu. Biasanya ia dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing biasanya dimainkan di kawasan kampung. Tempoh masa gasing mampu berputar menentukan pemenangnya.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.Biasanya ia 1 meter panjang.
Gasing juga ada berbagai jenis...Anda ingin tahu?
Seperti...
-Gasing buku benang
-Gasing kelamar
-Gasing kepala duri
-Gasing telur
-Gasing kuno
Ahh!Ia sangat menarik untuk mengetahui berbagai jenis gasing bukan?
Sekarang kami akan memberi sedikit informasi tentang Gasing Kuno....

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing


Girly College.
2:59 AM



Thursday, July 17, 2008

Inilah video yang kami telah dapati dari lelaman 'youtube'.Video ini menunjukkan bagaimana permainan gasing dimainkan.Kami telah mencuba merakamkan video kami sendiri ketika bermain gasing tetapi malangnya video kami tidak berjaya.Sebab itu kami memilih untuk mengambil sebuah video dari lelaman "Youtube."Harap anda terhibur menonton video ini!Terima kasih...



Girly College.
2:45 AM



Tuesday, July 15, 2008
Salah satu permainan tradisional melayu ialah Batu Seremban ia juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memain batu seremban secara berkumpulan yang memerlukan dua hingga empat orang atau secara keseorangan.
Kanak-kanak biasanya menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau objek lain berbentuk bulat biasanya dalam permainan. Objek-objek ini dikenali sebagai buah dan ia memerlukan sebanyak lima biji.
Permainan ini sering dimainkan pada masa lapang, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari. Para pemain dikehendaki duduk di atas lantai, ia memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran
Sebelum permainan itu dimulakan, buah itu dikehendaki ditimbang oleh setiap pemain, untuk mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermula dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm


Girly College.
1:47 AM



Sunday, July 13, 2008
Terdapat dua bahan,dalam permainan congkak, iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak diperbuat daripada kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang yang dikenali sebagai 'rumah'.
Permainan congkak memerlukan dua orang pemain.Permainan ini akan dimulakan dengan secara serentak.Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga seorang daripada mereka berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Selepas itu pula setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan itu sehingga buah congkak kehabisan. Pemain yang tidak cukup buah,lubangnya akan ditutup.Dalam pusingan sebelumnya,pemain yang menang akan memulakan permainan.
Setelah pemain membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang pelawan, dia boleh mengambil buah di sebelah lubang yang bertentangan jikalau ia mati di sebelah sendiri. Ia dikenali sebagai "tembak".

http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak


Girly College.
1:12 AM



Tuesday, July 8, 2008
Congkak dipercayai berasal daripada negeri Afrika atau Arab.
Bukti tertua yang dijumpai oleh pencari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Pedagang-pedagang Arab menyebar congkak di Asia.
Ada kemungkinan juga congkak berkembang di Melaka kerana pada waktu dahulu ia merupakan pusat perdagangan.Congkak dipercayai sampai ke pulau Carribean melalui perdagangan hamba.Di sana congkak,yang juga dikenali sebagai warri atau awarri, juga amat popular di kalangan kanak-kanak.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak


Girly College.
5:19 AM



Monday, July 7, 2008
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam.Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. 2 contoh permainan-permainan tradisional yang boleh dimain seseorangan ialah batu seremban dan teng-teng.Permainan-permainan ini juga boleh dimain secara kumpulan.
Batu seremban menggunakan biji getah seperti buah untuk bermain permainan ini. Teng-teng dikenali sebagai Ketinting dan sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan.
3 contoh permainan tradisional yang dimain secara berkumpulan ialah congkak, sepak raga dan cari cucu.
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.Sepak raga pula sekarang dikenali sebagai sepak takraw. Cari cucu dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai di luah rumah kanak-kanak.




http://malaysiana.pnm.my/index.htm


Girly College.
5:42 AM



volcom-ers PhotobucketPhotobucket
Fatin Hajarah

song

volcom friends

Shuf&Sol
Dummy&Syam
Atikah&Atiqah
Taqiuddin&Asriani
Raimi&Haziq
Hafizah&Saliha
Irwan&Naim
Lubna&Faezah
Natasha&Fazlinda
Nazira&FatinM3
Radiyah&Sharitta
Zawani&Suzyliyanee
Nazifi&Khazin
Afiq&Hafiz
Ain&Afira
Alim&Ridzwan
Azizi&Syabrin
Yani&Marhamah&Shafiqah
Fathin&Sabirah

pasts July 2008

shouts



Copytrighted layout by: OreoGal
picture hosted: Photobucket
picture from: Volcom